Nutrien
- Diperlukan menghasilkan tenaga dan membiak
- Parasit (menyerap nutrien daripada sel perumah)
- Saprofit (menyerap nutrien dari organisma yang telah mati dan mereput)
- Mikroorganisma yang mempunyai klorofil boleh membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis
Suhu
- 35 ℃ - 40 ℃ = suhu optimum bagi pertumbuhan mikroorganisma
- Suhu sangat rendah menjadi pasif dan tidak membiak
- Suhu terlalu tinggi- dimusnahkan / mati kerana enzim yang terhasil termusnah
Nilai
- pH 7 (neutral) - aktif membiak
- pH terlalu tinggi atau rendah - merencat pertumbuhan / mati
- Keadaan berasid atau beralkali lemah - hanya sebahagian kecil boleh hidup
Cahaya
- Mikroorganisma yang mempunyai klorofil memerlukan cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis untuk menghasilkan makanan sendiri.
- Mikroorganisma yang tidak mengandungi klorofil membesar dan membiak dengan aktif dalam keadaan tanpa cahaya (gelap)
Kelembapan
- Mikroorganisma memerlukan air untuk hidup.
- Kebanyakan tinggal di tempat lembap atau berair
- Kelembapan relatif antara 25% dan 40%
- Suasana yang kurang lembab - sel mikrob akan kehilangan air dan menjadi tidak aktif
- Dalam keadaan kering, bakteria membentuk spora. Apabila keadaan sesuai, bakteria aktif semula.
Bab 2 : NUTRISI DAN PENGELUARAN MAKANAN
- Manusia dan haiwan tidak boleh membina makanan mereka sendiri. Oleh itu, manusia dan haiwan memerlukan makanan daripada sumber yang sedia ada.
- Tumbuhan (plants) merupakan sumber makanan utama bagi manusia dan haiwan.
- Sesetengah haiwan seperti ayam, ikan, lembu dan kambing merupakan makanan bagi manusia dan haiwan.
- Nutrisi (nutrition) yang seimbang adalah penting untuk menjamin kesihatan badan.
- Tujuh kelas pemakanan yang diperlukan dalam nutrisi ialah:
- Protein
- Karbohidrat (carbohydrate)
- Lemak (fat)
- Vitamin
- Garam mineral (mineral salts)
- Pelawas (roughage)
- Air (water)
Organisma memerlukan nutrisi yang seimbang untuk:
- Pertumbuhan (growth) dan pembiakan (reproduction).
- Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal.
- Mengekalkan kesihatan.
- Menggantikan atau membaiki sel dan tisu yang rosak.
Nilai kalori dalam kelas pemakanan
Tenaga (energy) yang diperolehi daripada pengoksidaan (oxidation) makanan digunakan untuk melakukan semua aktiviti fizikal, proses fisiologi dan mental.
Tenaga dalam makanan diukur dalam unit kalori (cal) atau kilokalori (kcal).
Nilai kalori (calorific value) ditakrifkan sebagai kuantiti tenaga haba yang dibebaskan apabila satu gram makanan dibakar dengan lengkap.
Unit lain yang boleh digunakan untuk mengukur tenaga ialah joule (J).
Oleh kerana unit kalori atau joule adalah terlalu kecil, unit kilokalori (kcal) dankilojoule (kJ) kebiasaannya digunakan.
1000 kalori (cal) = 1 kilokalori (kcal)
1000 joule (J) = 1 kilojoule (kJ)
1 kalori = 4.2 joule
1 kilokalori = 4.2 kilojoule
Satu kalori ialah jumlah tenaga haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu satu gram air sebanyak 1ºC.
Semua kelas makanan membekalkan tenaga kecuali garam mineral dan vitamin.
Nilai kalori makanan boleh ditentukan dengan kalorimeter bom (bomb calorimeter). Alat ini digunakan untuk menyukat kandungan tenaga dalam sesuatu makanan.
Kalorimeter bom.
Tiga kelas makanan utama, iaitu karbohidrat, protein dan lemak merupakan sumber tenaga utama dengan nilai kalori yang berbeza.
Kelas makanan (1 gram)
|
Nilai kalori (kJ)
|
Karbohidrat
|
16.7
|
Protein
|
16.7
|
Lemak
|
37.6
|
Nilai kalori kelas makanan.
Karbohidrat dan protein juga mempunyai nilai kalori yang hampir sama tetapi nilai kalori lemak adalah hampir dua kali ganda nilai kalori karbohidrat.
Pengambilan lemak secara berlebihan tidak digalakkan walaupun mempunyai nilai kalori yang paling tinggi kerana lemak boleh mengakibatkan penyakit jantung dan kegendutan (corpulence).
Nilai kalori bagi sesuatu makanan bergantung kepada tiga kelas makanan utama tersebut.
Contoh pengiraan kalori bagi 100 gram nasi adalah seperti jadual di bawah.
Contoh 100 g makanan
|
Kelas makanan
|
Jisim (g)
|
Jumlah nilai kalori dalam setiap kelas makanan (kJ)
|
Jumlah nilai kalori dalam makanan (kJ)
|
Nasi
|
Karbohidrat
|
76
|
76 x 16.7 = 1269.2
|
1.269.2 + 133.6 +75.2
= 1478
|
Protein
|
8
|
8 x 16.7 = 133.6
| ||
Lemak
|
2
|
2 x 37.6 = 75.2
|
Nilai kalori 1 gram makanan (kacang tanah) boleh dikira seperti berikut (dimana sebanyak 4.2 joule tenaga diperlukan untuk meningkatkan suhu 1 gram air sebanyak 1ºC:
Pengetahuan tentang nila kalori pelbagai jenis makanan membolehkan kita merancang gizi (nutrition) makanan harian.
- Ini dapat memastikan badan kita mendapat tenaga yang mencukupiuntuk menjalankan aktiviti harian dan mengelakkan masalah kegendutan yang diakibatkan oleh pengambilan makanan yang berlebihan.
- Kita dapat membentuk satu gizi yang seimbang dan mengekalkan kesihatan badan.
Jadual di bawah menunjukkan nilai kalori bagi beberapa jenis makanan:
Jenis makanan
|
Nilai kalori per 100 g (kJ)
|
Betik
|
164
|
Capati
|
300
|
Daging ayam
|
590
|
Daging kambing
|
630
|
Daging lembu
|
1010
|
Gula pasir
|
1625
|
Ikan bilis
|
937
|
Ikan kembung
|
433
|
Jagung
|
1493
|
Jambu batu
|
290
|
Kacang soya
|
1407
|
Kacang tanah
|
2293
|
Keju
|
1708
|
Keledek
|
491
|
Marjerin
|
2980
|
Mentega
|
3007
|
Mee goreng
|
807
|
Nenas
|
197
|
Nasi
|
1562
|
Oren
|
205
|
Pisang
|
357
|
Roti putih
|
1134
|
Susu lembu
|
273
|
Telur
|
685
|
Taufu
|
440
|
Tomato
|
52
|
Ubi kentang
|
344
|
Udang
|
380
|
- Mikroorganisma adalah organisma kecil/halus dan hanya boleh dilihat di bawah mikroskop (microscope).
- Struktur dan saiz organisma yang berlainan adalah berbeza.
- Mikroorganisma yang berbeza tinggal di habitat yang berbeza dan kaedah pemakanan dan pembiakan mereka juga berbeza.
- Mikroorganisma boleh dijumpai hampir di mana-mana sahaja dalam alam semula jadi ini seperti dalam udara, air, tanah dan juga didalam badan organisma lain.
- Saintis mengklasifikasikan mikroorganisma kepada lima kumpulan seperti yang ditunjukkan di bawah.
virus
bakteria
protozoa
kulat
No comments:
Post a Comment